RX-LITE - PRODUK DR.NOORDIN DARUS PELANSINGAN BADAN TIDAK PERLU DIET


RXLite boleh digunakan sebagai sebahagian daripada diet seimbang harian anda.  RXLite akan membantu menambah tenaga, mengurangkan rasa lapar, membakar lemak dan menambah protein dan kalsium dalam tubuh badan. 
RXLite mengandungi Garcinia Cambogia, L-Carnitine, Fructose Oligisaccharides (Gula Kompleks), Serat DND dan Koko Semulajadi.Garcinia Cambogia bertindak sebagai penghalang rasa lapar semula jadi serta L-Carnitine membantu menghilangkan lemak dengan meningkatkan kekuatan otot, tenaga dan kecekapan pembakaran lemak. Formula khas DND Fiber pula membantu anda merasa kenyang selepas pengambilan RxLite.
RXLite berkhasiat dalam:-
  1. Membantu membakar lemak
  2. Diperkaya dengan vitamin dan mineral
  3. Rasa koko yang lazat
  4.    Mengandungi anti-oksida

RxLite merupakan inovasi terbaru formulasi doktor perubatan & 'Cancer Survivor' yang tersohor di Malaysia iaitu Dato Dr. Noordin Darus. Beliau yang merupakan seorang pakar diet & pemakanan yang terunggul suatu ketika dahulu merupakan seorang pelatih kepada atlit-atlit tanah air dan merupakan bekas Pengarah Perubatan Majlis Sukan Negara. Program pelangsingan beliau iaitu 'Slim For Life' merupakan suatu program yang terkenal dan diikuti oleh pelbagai institusi kerajaan, firma-firma dan badan-badan tertentu. Beliau sering muncul di kaca TV dalam program 'Mari Bersenam' di TV1 setiap pagi jam 8am sekitar tahun 80an dahulu.
Kini, dengan kepakaran yang ada, beliau telah mencipta formulasi Rx-Lite untuk setiap orang yang bercita-cita untuk mendapatkan berat badan & bentuk tubuh yang ideal dengan cara yang menyihatkan. Ia mengandungi bahan-bahan aktif semulajadi yang membantu anda membakar lemak dan menghilangkan berat badan berlebihan.

KENAPA RX-LITE

MUDAH
RxLite didatangkan dalam bentuk pek pracampuran dan boleh diminum begitu sahaja, atau dibancuh bersama susu, soya dan buah-buahan. Rxlite tidak perlu diambil bersama produk lain dan tiada pantang larang dalam cara penggunaannya. 

       LAZAT
RxLite tidak menggunakan perasa tiruan sebaliknya menjadikan KOKO sebagai asas produk. Di dalam pasaran, bancian menunjukkan RxLite dianggap lebih sedap berbanding produk-produk lain. Ini adalah penting bagi memastikan anda mampu meneruskan penggunaan produk ini secara berterusan. 

BERKESAN
Kami meramalkan pengguna biasa mampu hilang 5-6kg sebulan dengan penggunaan RxLite. Walaubagaimanapun, pengguna kami yang benar-benar mengikuti terapi pelangsingan RxLite telah berjaya hilang melebihi 20kg dalam masa sebulan.

 PERHATIAN :
RxLite tidak sesuai bagi: 
  • Kanak-kanak di bawah 12 tahun, 
  • Ibu mengandung, 
  • Mereka yang mempunyai sejarah sawan 
  • Mereka yang mempunyai masalah jantung yang kronik 
  • Ibu yang menyusu




Rx-Coffee
Kopi Beraura Pertama! Kelazatan Luar Biasa!
Menggunakan formulasi Rx-Water dan diperkaya dengan herba-herba terbaik dunia seperti Mahkota Dewa, Saffron, Habbatus Sauda, Ginseng dan Herba-Herba Mujarab yang lain.
Kopi semakin menjadi minuman wajib bagi kebanyakan rakyat Malaysia. Malah, jika mengikut data antarabangsa, hampir 50% daripada penduduk di negara maju terdiri daripada mereka yang meminum kopi. Jadi tidak hairanlah untuk melihat syarikat pengeluar berlumba-lumba menghasilkan kopi untuk memenuhi permintaan yang hebat di seluruh dunia.
ajian santifik telah membuktikan bahawa jenis kopi yang diminum dan cara ianya diproses memainkan peranan yang sama pentingnya dengan jumlah kuantiti kopi. WorldWellness Network men-yedari hakikat bahawa pasaran masih lagi terbuka untuk kopi yang bukan sahaja membawa khasiat daripada kopi biasa tetapi juga diproses dan digabungkan dengan elemen-elemen lain yang membawa kesan positif kepada kesihatan.
Oleh itu, WorldWellness memperkenalkan Rx-Coffee, sebuah kopi kesihatan yang bebas daripada bahan pengawet atau perasa tiruan dan menggabungkan bahan-bahan terbaik untuk kesihatan anda. Berikut adalah bahan-bahan utama yang dijadikan sebahagian daripada
Rx-Coffee :

Mahkota Dewa
Herba yang digunakan secara meluas di Indonesia dan didapati mampu mengubat seribu macam penyakit kerana kombinasi kimia alkoid (untuk detoks), saponin (untuk anti-bakteria), flavanoid (melancarkan perjalanan darah) dan polifenol (anti-alergi) di dalamnya.
Habbatus Sauda
“Gunakanlah Habbatus Sauda kerana di dalamnya ada sejenis ubat untuk pelbagai macam penyakit kecuali maut”
- Sabda Rasulullah S.A.W
Saffron
Sejenis bunga yang cukup eksklusif dan tinggi nilainya di seluruh dunia kerana kandungan debunganya yang kaya dengan bahan-bahan menyihatkan tubuh badan. Didapati membantu mengubati pelbagai jenis penyakit termasuklah masalah jantung, hepatitis dan sebagai perangsang minda.
Ginseng
  1. Ekstrak dari akar pokok ginseng telah digunakan sebagai sebahagian daripada perubatan tradisional kaum Cina sejak Dinasti Tang (618-907 sebelum Masihi). Didapati memperkuat-kan sistem antibodi badan dan menguatkan daya ingatan.

  2. Rx-Coffee juga diadun dengan kopi Arabica yang merupakan antara kopi terulung di dunia dan koko yang mempunyai khasiat kesihatannya tersendiri.  Rx-Water, yakni air penyembuh aura pertama di dunia, digunakan dalam pemprosesan Rx-Coffee.
  3. Kesemua kombinasi ini menghasilkan kopi yang telah didapati boleh diminum bukan sahaja oleh peminum kopi tetapi juga mereka yang sebelum ini tidak boleh minum kopi. Malah, ianya telah digunakan sebagai sebahagian daripada proses rawatan oleh mereka yang memang tidak boleh lepas daripada meminum kopi.
Akhir sekali, ke mana-mana sahaja kopi ini diedarkan, respon yang paling ketara diterima – rasanya unik dan menyelerakan.
Rx-Coffee mempu-nyai rasa yang sememangnya unik di pasaran dan mengeluarkan aroma yang bukan sahaja enak tetapi juga menyegarkan.





Rx-17
Ilham Murni seteguk Air Rx17 adalah ilham terkini Dato’ Dr. Noordin Darus, seorang pakar motivasi kesihatan yang menukar musibah penyakit kanser yang menimpa dirinya kepada satu misi untuk membantu orang lain melalui terapi Rx-Water.
Dan kini, berteraskan Kesejahteraan, Kebahagiaan dan Keharmonian, Rx17 dilahirkan sebagai air minuman yang menjamin kesihatan yang optimum kepada Minda, Tubuh Badan dan Rohani.
Tubuh badan kita mempunyai Sistem Pemulihan Semulajadi atau Self Healing System (SHS).  Malangnya sistem ini tidak diberi peluang untuk berfungsi sepenuhnya oleh kerana minda, tubuh badan dan rohani kita tidak seimbang.

Sekadar melakukan rawatan terhadap tubuh badan sahaja tidak mencukupi memandangkan semua tindakan tubuh badan kita bermula daripada niat rohaniah kita sendiri. Cara yang terbaik untuk meningkatkan SHS kita adalah dengan membersihkan Minda, Tubuh Badan & Rohani. Apabila ketiga-tiga ini berada dalam keadaan harmoni, maka kesejahteraan dan kebahagiaan akan menjadi kenyataan dan berkekalan.
Rx17 berfungsi dengan cara penghijrahan khasiat-khasiat semulajadi melalui informasi kepada Sistem Pemulihan Semulajadi tubuh kita supaya ia lebih seimbang. Terapi penghijrahan informasi ini adalah yang terkini dan terulung kali digunakan dalam air secara saintifik dan diibaratkan sebagai doa
Rx17 MENGGABUNGKAN ELEMEN-ELEMEN :
i) FIZIKAL
Vitamin, enzim, zat galian, Rx-Water dan tanah liat.
ii) INFORMASI
Herba semulajadi, terapi warna, kristal, esen bunga-bungaan, madu, terapi Rx-Water,
air zam-zam, enzim, hormon dan garam schuessler.
iii) ROHANIAH
Semua Penyakit bermula daripada rohani yang datangnya daripada kehendak Tuhan dan juga tingkah laku kita. Ilham murni Rx17 merangkumi hasrat-hasrat yang mampu diserapkan ke dalam sanubari kita, seperti :

  • Aku Sihat Walafiat
  • Aku Ceria Dan Bertenaga
  • Aku Pengasih Dan Penyayang
  • Aku Bersyukur
  • Aku Tenang
  • Aku Pemaaf
  • Aku Penyabar
  • Aku Berani
  • Aku Ikhlas
  • Aku Bertanggungjawab
  • Aku Berdisiplin
Aku Rajin Dan Bijaksana
  • dan lain-lain...
Rx17 membantu mengubat dan menghindar lebih daripada 70 jenis penyakit, antaranya…

kanser, Strok, Hiperaktif, Darah Tinggi, Kencing Manis, Gout, Sle Allergi, Kegemukan, Arthritis, Sakit Sendi, Ekzema, Lelah, Sakit Jantung, Migrain, Gastrik, Stress, Agarofobia, Senggugut, Sembelit, Hiper-tiroid, Batu Karang, Konjunktivitis, Buasir, Tinnitus, Angin Pasang, Resdung, Lemah Tenaga Batin dan lain-lain penyakit kronik atau akut.
Rx17 adalah selamat diminum oleh semua golongan umur termasuk ibu-ibu yang  mengandung. Untuk kesihatan optimum, anda disyorkan mengambil 5 botol Rx17
dalam sehari. Ia lebih mujarab jika diambil bersama-sama Rx-Salt dan Rx-Tra.